Search This Blog

Followers

Saturday, February 12, 2011

Wajibkan Daftar Pemilih ?


Lebih dari 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Situasi ini sebenarnya amatlah merugikan rakyat Malaysia sendiri yang mana negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang memerlukan suara rakyat untuk menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.


Adakah kerajaan perlu mewajibkan pendaftaran pemilih bagi mereka yang telah layak dan tindakan akan dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftar? Tepuk dada tanya hati. Kesedaran perlu ditimbulkan kepada semua rakyat negara ini supaya mereka berasa bertanggungjawab untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Thursday, February 10, 2011

Misi Menambahkan Ilmu...


Salam 1 Malaysia. Pagi ni saya berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Blog dan Facebook di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Pandan yang dianjurkan Jawatankuasa Penyelaras KPKK Negeri Pahang.

Friday, February 4, 2011

Free la bro.....

Dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan pelajar-pelajar kita di Mesir dikenakan caj tertentu berhubung bantuan memindahkan mereka keluar dari negara bergolak berkenaan. Dah nama pun BANTUAN datang dari mana pulak caj nye?


Ni tak lain pihak-pihak yang tak senang dengan kerajaan lah, depa tak tau nak buat apa, depa sebar fitnah melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Blog, Tweeter dll. Kalau dah tak tau sangat nak buat ape tolong2 la buat sembahyang hajat, mintak semua rakyat kita kat sana selamat. Pahala pun dapat...

Thursday, February 3, 2011

Bantuan Kerajaan Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir..

Selaras dengan moto "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Kerajaan Malaysia pastinya tidak hanya duduk saja ataupun melihat dari jauh perkembangan rakyatnya di Mesir yang mana negara berkenaan sedang bergolak menuntut Presidennya berundur.


Ini dapat dibuktikan dengan usaha Kerajaan menghantar pesawat ke Mesir untuk memindahkan rakyat negara ini ke negara yang lebih selamat sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Setiap penerbangan boleh memuatkan 80 hingga 100 orang pelajar yang dilaporkan terkandas di negara berkenaan.


Bersyukurlah dengan keprihatinan kerajaan kita yang sentiasa cuba memberi sebarang bentuk pertolongan kepada rakyatnya. Janganlah kita hanya pandai mengkritik jika kita mampu melakukan apa-apa, setidak-tidaknya berilah sokongan kita sebagai rakyat Malaysia.