Search This Blog

Followers

Tuesday, April 26, 2011

Y ? kenape ? x pecaye ?

Mahkamah dah sahkan lelaki "Y" yang selama ini menjadi tanda tanya adalah DSAI...apa nak dikata...mahkamah tipu ? hakim dah dibayar ? polis dah disuap ? ....bagi aku kalau sistem kehakiman dan undang-undang negara boleh diarah-arah macam dalam drama or filem memang dah parah la negara kita sekarang ni...

Tapi macam biasa la...puak-puak pembangkang tak akan percaya apa-apa keputusan mahkamah jika ianya tidak berpihak kepada mereka. Kecuali kalau dieorang tengok sendiri apa yang didakwa berlaku tu, depan mata mereka. Tu pun belum tau lagi...sebab pemimpin-pemimpin mereka ni pandai poo singh....ke guane ?

Thursday, April 21, 2011

Praktikalkah e-mel 1Malaysia ?

Salam 1Malaysia,

Berbagai respon yang diberikan rakyat berhubung pengumuman PM kita tentang projek e-mel 1Malaysia yang bakal dilancarkan kelak. Ada yang positif dan ada yang negatif....dalam apa jua yang dilakukan kerajaan pastinya tidak dapat memuaskan hati semua orang tapi pastinya apa yang dirancang oleh kerajaan ini bertujuan untuk memudahkan rakyat...cuma persoalannya adakah projek ini bakal dinikmati oleh golongan sasaran ?

Ini kerana masih ramai rakyat di negara ini yang buta IT dan bagi mereka-mereka yang tinggal di kawasan pedalaman tiada liputan internet untuk mereka berinteraksi di alam maya. Projek yang bakal dilancarkan ini tidak dinafikan memang baik untuk memudahkan rakyat berinteraksi secara terus dengan kerajaan, tetapi kerajaan juga harus mengkaji adakah semua golongan sasar terbabit dapat menikmati kemudahan ini.

Bagi pendapat saya secara peribadinya, kerajaan perlu lebih menitik-beratkan dari segi pengetahuan dan kemudahan IT itu sendiri secara menyeluruh, supaya apa yang bakal dirancangkan kelak dapat dinikmati oleh rakyat negara ini.

Datuk T bakal didakwa ?

Ada kedengaran bahawa Datuk Trio akan didakwa di mahkamah berhubung tindakan mereka menayang dan menyebarkan video lucah mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah yang dikatakan membabitkan lelaki "anugerah tuhan" ketua pembangkang. Namun semuanya bergantung kepada Peguam Negara untuk meng"handle"kan kes ini apabila kertas siasatan diserahkan polis kepada Pejabat Peguam Negara, dijangka Khamis ini.

Bagi rakyat Malaysia rasanya ada bagusnya jika Datuk T didakwa di mahkamah, disinilah segala kekusutan akan terlerai satu persatu dan kebenaran akan terserlah. Kita rakyat Malaysia juga ingin tahu pemimpin "anugerah tuhan" yang tampil dengan imej islamik dari segi hujahnya ini benar-benar islamik atau sebaliknya.