Search This Blog

Followers

Monday, December 12, 2011

Caci dan Maki Umpama Zikir

Rakyat hari ini seharusnya bijak menilai pemimpin-pimimpin politik negara ini, terutamanya parti politik yang kononnya ditubuhkan untuk memperjuangkan agama Islam. Tapi, apa yang dilihat mereka hanya bijak menyusun kata namun tidak berusaha untuk membuktikan apa yang mereka perjuangkan.

Mereka sibuk membicarakan soal Hudud, tapi perkara yang asas pun mereka tidak mampu lakukan. Adakah Islam mengajar umatnya untuk memcaci, memaki dan memfitnah sesama manusia ? Inilah 'standard' pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Caci maki umpama zikir bagi pemimpin PAS dan penyokongnya, menggunakan platform ceramah agama mereka tanpa segan silu menghina sesama umat hanya kerana berbeza fahaman dan ideologi. Persoalan timbul, Islam yang bagaimanakah yang PAS cuba bawa ? Adakah Islam menurut acuan PAS ?