Search This Blog

Followers

Friday, September 13, 2013

Menjelang #PAU2013

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2013, setiap cawangan ketika ini berlumba-lumba mengadakan persidangan cawangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 15 September 2013. Pada 21 September 2013 pula adalah hari paling penting bagi yang berhajat bertanding ke peringkat Bahagian mahupun Pusat.

Namun satu ingatan penting kepada perwakilan, bagi mana-mana pemimpin yang berhajat nak bertanding tiada salahnya mereka menawarkan diri. Pun begitu, usahlah kita dilonglaikan dengan janji manis pemimpin yang hanya muncul saat pemilihan parti, sebaliknya ketika kita menghadapi "perang" yang menentukan hidup mati pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 baru-baru ini pemimpin ini longlai entah kemana.

Jika pemimpin yang dipilih kelak tidak memberi prestasi yang baik, usah salahkan mereka sebaliknya kita lah sebagai akar umbi yang silap memilih mereka.

Thursday, April 4, 2013

SESAMA SENDIRI PUN TIDAK SEPAKAT, PR ADA HATI NAK BERPAKAT DENGAN RAKYAT ???

Ini suara rintihan dari kalangan ahli - ahli PKR sendiri. Kebanyakkan dari mereka mula merasa kecewa dengan sikap Ketua Umum PKR tu.

Mereka mendakwa Si Ketua Penipu tu tak ambik berat lansung dengan apa yang sedang menimpa Parti Kencing Rakyat tu apabila kerap kali jadi mangsa.

Kalau sebelum ini, kita dengar cerita yang Pengerusi PKR Johor kena tikam hidup - hidup oleh puak - puak DAPigs sehingga membuatkan Si Jui Meng tu merajuk.

Kemudian timbul pula isu rampasan kerusi yang berlaku di Parlimen Bentong apabila DAPigs umum Si Kahak Hijau Wong Tak bertanding bagi kerusi tersebut.

Namun, isu itu tidak hanya terhenti disitu. Konflik yang melanda PKR dan DAPigs ini masih belum menemukan titik noktah apabila Pengerusi PKR Pahang masih menaruh harapan.

Semalam, Pengerusi PKR Pahang, Fauzi Pendek menjelaskan kepada pihak media bahawa mereka masih lagi merayu kepada DAPigs untuk membuat pertimbangan.

Pertimbangan yang dimaksudkan ialah mengenai pertukaran kerusi diantara DAPigs dengan PKR seperti mana yang dijelaskan sebelum ini.

PKR meminta DAPigs untuk memberi laluan kepada mereka bagi kerusi DUN Ketari dan Tanah Rata sebagai ganti kepada kerusi Parlimen Bentong.

Malangnya, berita yang diterima hari ini, DAPigs masih tidak mengendahkan rayuan PKR dan tetap juga dengan pendirian mereka untuk merampas kerusi Parlimen Bentong.

Malah, dari apa yang diterima semalam, DAPigs menamakan Pengerusi DAPigs Negeri untuk bertanding di DUN Ketari manakal Tanah Rata belum diumumkan calonnya.

Dengan adanya berita itu membuatkan ahli - ahli PKR di Bentong berasa kecewa dan merayu campur tangan dari Si Ketua Penipu tu untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Katanya, mereka sudah tidak dapat menahan diri dari ditikam hidup - hidup oleh DAPigs dan sering menjadi bahan permainan.

"Kami dah tak tau macam mana nak jawab dengan rakyat bila dengar khabar kata Leong Ngah Ngah akan bertanding di Ketari.

"Sebelum ini, nama yang disebut - sebut untuk bertanding di DUN Ketari ialah Ketua Cabang sendiri. Tapi, bila sampai khabar macam ni, ramai diantara kami yang patah semangat," jelas salah seorang penyokong PKR yang ditemui.

Jelas, pimpinan PKR Pusat memang tidak ada keupayaan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh DAPigs. Jauh sekali diorang akan mendengar rintihan ahli. Dah memang itu perangai Si Ketua Penipu tu. Nak buat macam mana lagi!!!

Wednesday, April 3, 2013

AZAN KECEWA TEMPATNYA DIGANTI FAUZI!!!



Adalah sesuatu yang mustahil bagi mana – mana penyandang kerusi Parlimen untuk tidak mengetahui bahawa kedudukannya telah pun diganti.

Tambah menghairankan jika penyandang kerusi itu juga dianggap sebagai pemimpin tertinggi dalam satu – satu organisasi itu sendiri.

Tetapi  itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Inderamahkota, YB Azan Ismail. Dia sikit pun tak tau yang nama dia telah pun digantikan dengan orang lain.

Dan yang lebih malang buat Azan, tempatnya diganti oleh Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang juga pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Kejutan itu diterima dalam keadaan yang cukup mengecewakan bagi Azan sehingga membuatkan dia patah semangat dan terus pulang dari tapak ceramah.

Secara umumnya, semua orang sudah tahu konflik yang pernah melanda dua orang tokoh PKR ini tidak lama dahulu dimana Azan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Tindakan Azan itu adalah disebabkan kegagalan Datuk Fauzi untuk menerajui PKR Negeri seperti mana yang diharapkan oleh akar umbi PKR.

Azan mendakwa Datuk Fauzi ‘memerintah’ PKR Pahang seumpama syarikat anak – beranak dan bukannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan rakyat.

Kemelut itu belum lagi dapat diketahui secara mendalam tentang sebab musabab Azan bertindak untuk letak jawatan. Persoalan masih bermain diminda rakyat.

Apa yang dimaksudkan oleh Azan? Apa maksudnya ‘memerintah seumpama syarikat anak beranak’? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Fauzi?

Sehingga kini, semua persoalan itu masih lagi tidak ada sebarang jawapan. Azan pula hanya mendiamkan diri setelah dia dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu.

Maka mulalah tanggapan buruk rakyat terhadap Azan. Ramai yang mengatakan bahawa Azan hanya seorang yang Gila jawatan. Itu sebab dia bergaduh dengan Datuk Fauzi.

Apa yang jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sayangkan Datuk Fauzi dari Azan Ismail. Maklum la, Datuk Fauzi dah lama jadi pengikut Anwar.

Azan pulak baru – baru ni je muncul. Sebelum ni, tak de orang pun kenal siapa Azan Ismail tu. Kalau dia tak jadi YB, sorang pun tak kenal dia siapa.

Jadi, tak mustahil bagi Ketua Umum PKR tu untuk memilih Mantan Kroninya dulu untuk bertanding di Inderamahkota. Walaupun dia tau Datuk Fauzi akan tewas, tapi dia tak peduli.

Sekurang – kurangnya, bagi Ketua Umum tu, ada jugak la saingan di Inderamahkota daripada tak de lansung. Tu je yang dia nak buat.

Hakikatnya, pemilihan Datuk Fauzi di Inderamahkota tidak mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat Inderamahkota sendiri. Kenapa? Itu persoalannya.

Kenapa pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum tu Sabtu lalu tidak mendapat sambutan sebaliknya hanya disambut dengan sorakkan ‘Boo..’ dari kalangan penyokong PKR sendiri?

Jawapannya sudah tentu mereka menolak pencalonan Datuk Fauzi sebagai Ahli Parlimen Inderamahkota. Kenapa diorang tolak pencalonan tersebut?

Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan pencalonan itu. Sudah tentu ada ‘Rahsia’ yang orang lain tak tahu. Apa rahsianya? Kemudian kita dedahkan.

Apa yang jelas, konflik dalaman PKR di Pahang sekarang sudah sampai tahap meruncing. Ini baru bahagian pertama dalam siri pendedahan terhadap kepincangan yang berlaku.

Banyak lagi pendedahan yang akan dibuat. Pendek kata, kalau cerita sehari pun tak habis. Yang pasti, bukan setakat rakyat tempatan je yang tolak PKR, malah ahli diorang sendiri pun sama jugak. Sama-sama la kita fikirkan. via Semut Hitam

Friday, March 22, 2013

Lagu "Sayang" dendangan Shae sesuai ditujukan kepada Ketua PKR Cabang Paya Besar !!!

Lagu dendangan artis dari seberang "Shae" mungkin sesuai didedikasikan kepada Ketua PKR Cabang Paya Besar ini. Antara bait lagu itu adalah....sayang, apa khabar denganmu...di sini ku merindukan kamu.....
Ini kerana kebelakangan ini kelibat beliau sudah tidak kelihatan di mana-mana program anjuran PKR Paya Besar.

Menjadi persoalan, adakah beliau sudah tidak diberi peranan untuk sebarang aktiviti parti ? jika benar, apa sebabnya ? atau sememangnya beliau sudah terpinggir selepas PKR Paya Besar sudah mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen itu baru-baru ini dan yang menyedihkan calon itu bukanlah beliau.