Adalah sesuatu yang mustahil bagi mana –
mana penyandang kerusi Parlimen untuk tidak mengetahui bahawa kedudukannya
telah pun diganti.
Tambah menghairankan jika penyandang
kerusi itu juga dianggap sebagai pemimpin tertinggi dalam satu – satu
organisasi itu sendiri.
Tetapi
itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Inderamahkota, YB Azan
Ismail. Dia sikit pun tak tau yang nama dia telah pun digantikan dengan orang
lain.
Dan yang lebih malang buat Azan,
tempatnya diganti oleh Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman
yang juga pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.
Kejutan itu diterima dalam keadaan yang
cukup mengecewakan bagi Azan sehingga membuatkan dia patah semangat dan terus
pulang dari tapak ceramah.
Secara umumnya, semua orang sudah tahu
konflik yang pernah melanda dua orang tokoh PKR ini tidak lama dahulu dimana
Azan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.
Tindakan Azan itu adalah disebabkan
kegagalan Datuk Fauzi untuk menerajui PKR Negeri seperti mana yang diharapkan
oleh akar umbi PKR.
Azan mendakwa Datuk Fauzi ‘memerintah’
PKR Pahang seumpama syarikat anak – beranak dan bukannya sebagai sebuah parti
yang memperjuangkan rakyat.
Kemelut itu belum lagi dapat diketahui
secara mendalam tentang sebab musabab Azan bertindak untuk letak jawatan.
Persoalan masih bermain diminda rakyat.
Apa yang dimaksudkan oleh Azan? Apa
maksudnya ‘memerintah seumpama syarikat anak beranak’? Apa yang telah dilakukan
oleh Datuk Fauzi?
Sehingga kini, semua persoalan itu masih
lagi tidak ada sebarang jawapan. Azan pula hanya mendiamkan diri setelah dia
dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu.
Maka mulalah tanggapan buruk rakyat
terhadap Azan. Ramai yang mengatakan bahawa Azan hanya seorang yang Gila
jawatan. Itu sebab dia bergaduh dengan Datuk Fauzi.
Apa yang jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim lebih sayangkan Datuk Fauzi dari Azan Ismail. Maklum la, Datuk
Fauzi dah lama jadi pengikut Anwar.
Azan pulak baru – baru ni je muncul. Sebelum ni, tak de orang pun kenal siapa Azan Ismail tu. Kalau dia tak jadi YB, sorang pun tak kenal dia siapa.
Jadi, tak mustahil bagi Ketua Umum PKR tu
untuk memilih Mantan Kroninya dulu untuk bertanding di Inderamahkota. Walaupun
dia tau Datuk Fauzi akan tewas, tapi dia tak peduli.
Sekurang – kurangnya, bagi Ketua Umum tu,
ada jugak la saingan di Inderamahkota daripada tak de lansung. Tu je yang dia
nak buat.
Hakikatnya, pemilihan Datuk Fauzi di
Inderamahkota tidak mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat Inderamahkota
sendiri. Kenapa? Itu persoalannya.
Kenapa pengumuman yang dibuat oleh Ketua
Umum tu Sabtu lalu tidak mendapat sambutan sebaliknya hanya disambut dengan
sorakkan ‘Boo..’ dari kalangan penyokong PKR sendiri?
Jawapannya sudah tentu mereka menolak
pencalonan Datuk Fauzi sebagai Ahli Parlimen Inderamahkota. Kenapa diorang
tolak pencalonan tersebut?
Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena
dengan pencalonan itu. Sudah tentu ada ‘Rahsia’ yang orang lain tak tahu. Apa
rahsianya? Kemudian kita dedahkan.
Apa yang jelas, konflik dalaman PKR di
Pahang sekarang sudah sampai tahap meruncing. Ini baru bahagian pertama dalam
siri pendedahan terhadap kepincangan yang berlaku.
Banyak lagi pendedahan yang akan dibuat.
Pendek kata, kalau cerita sehari pun tak habis. Yang pasti, bukan setakat
rakyat tempatan je yang tolak PKR, malah ahli diorang sendiri pun sama jugak.
Sama-sama la kita fikirkan. via Semut Hitam
No comments:
Post a Comment