Search This Blog

Followers

Saturday, February 11, 2012

14 FEB HARI SUAMI ISTERI ?





Salam 1 Malaysia, lama rasanya tidak berblogg..hari ni rasa terpanggil pula untuk komen pasal Hari Kekasih atau Valentine's Day ni. Bila tanggal 14 Feb hampir tiba maka sibuk lah timbul isu apa yang dipanggil Hari Kekasih ni.

Tertarik juga apabila Ulama disegani rakyat Malaysia, Tok Guru Nik Aziz mengumumkan bahawa pada tanggal 14 Feb adalah Hari Suami Isteri untuk rakyat negeri Kelantan. Secara peribadinya Anak Lepar sangat bersetuju dengan inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh TGNA, namun rasanya ada sesuatu yang tidak kena dengan tarikhnya yang mana bersamaan dengan Hari Kekasih.

Anak Lepar melihat, tiada relevannya sambutan Hari Suami Isteri dilaksanakan pada tarikh yang bersamaan dengan Hari Kekasih. Ini kerana secara tidak langsung tetap ada pasangan yang akan meraikannya pada hari tersebut secara tidak langsung.

Kemusykilan juga timbul mengenai golongan sasar Hari Suami Isteri yang dimaksudkan oleh TGNA. Ini kerana kita rakyat Malaysia sedia maklum yang mana golongan belia muda remaja yang belum berkahwin yang begitu ghairah menyambut Valentine's Day tersebut. Jadi, pada 14 Feb rakyat Kelantan yang sudah berkahwin akan menyambut Hari Suami Isteri....yang belum berkahwin pula bagaimana ?Adakah tercapai hasrat TGNA ini ? atau sekadar menukarkan nama Valentine's Day kepada Hari Suami Isteri.

No comments:

Post a Comment