Search This Blog

Followers

Wednesday, February 15, 2012

Peneroka kena tol ?

Dek kerana cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pelbagai spekulasi dimainkan pihak pembangkang bertujuan menghasut peneroka supaya membantah penyenaraian tersebut. Apa yang membuatkan mereka seperti cacing kepanasan tidaklah dapat dipastikan, namun yang pastinya itulah yang sinonim dengan pembangkang, apa saja yang bakal dilaksanakan kerajaan pasti nak dibangkangnya.

Anak Lepar sendiri tidaklah arif nak mengulas isu ini, namun sekadar mahu berkongsi intipati ceramah anjuran pembangkang yang diadakan di salah satu Felda di Dun Lepar baru-baru ini. Menurut penceramah tersebut , akibat ataupun kesan daripada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dibimbangi akan menyebabkan peneroka bakal kehilangan tanah dan bakal kenakan TOL ketika mahu mengambil hasil ( buah sawit ) kerana tanah tersebut telah tergadai. 

Tertanya-tanya sebenarnya tanah mana yang tergadai ? Apa kena mengena tanah peneroka dengan penyenaraian FGVH ? Menurut kefahaman Anak Lepar yang sedikit ini, tanah ladang peneroka seluas 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar langsung tidak ada kena mengena dengan penyenaraian FGVH ini. Bukankah tanah Felda Plantation yang dicagarkan kepada FGVH ? Peneroka mana yang tinggal di Felda Plantation ? Semakin terdesak nampaknya pihak pembangkang ini, mungkin kerana keinginan menuju ke Putrajaya semakin memuncak.

No comments:

Post a Comment