Search This Blog

Followers

Tuesday, December 21, 2010

Trauma bas Ekspress.....

Selepas senyap beberapa ketika kemalangan yang melibatkan bas ekpress.....perkara yang sama berlaku lagi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan Ekspress Delima yang mengorbankan banyak nyawa dalam keadaan yang ngeri, kini kita digemparkan dengan kemalangan yang melibatkan bas persiaran dua tingkat yang membawa pelancong warga Thailand yang melancong ke Cameron Highland.
Kemalangan mengakibatkan 27 nyawa terkorban kerana cedera parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik.

Sebenarnya siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini....adakah pemandu bas? syarikat bas? atau kerajaan? ..masing-masing menunding jari apabila berlaku sesuatu kemalangan ngeri seperti ini....yang menjadi mangsa ialah penumpang bas dan keluarga mereka ...


Kita amatlah berharap semua pihak yang berkenaan tanpa mengira fahaman politik, agama berganding bahu mencari mekanisme supaya perkara seperti ini tidak berlaku atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan...Ini kerana apa yang dapat dilihat apabila berlaku kemalangan ngeri seperti ini semua pihak sibuk menyiasat dan sebagainya namun selepas beberapa ketika keadaan kembali seperti sedia kala semula.

Tuesday, December 14, 2010

Mana belas kasihan kita sebagai MANUSIA ???

Isu pembuangan bayi tidak pernah selesai.......kenapa? salah siapa? sebab apa?....Sungguh tidak boleh diterima akal apabila seorang ibu sanggup membuang bayi yang dilahirkannya begitu saja....apalah dosa anak kecil yang tidak tahu apa-apa yang menjadi mangsa dek kecetekan akal ibunya.....sungguh kejam....

Ramai di luar sana yang kepingin untuk mempunyai anak namun belum diberi rezeki oleh Allah tetapi golongan yang tidak bermoral ini sewenang-wenangnya membuang anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya...Sudahlah membuat dosa dengan berzina ditambah pula dengan dosa membuang anak yang tidak diketahui apa nasibnya...dimakan binatang kah? dilenyek kenderaan kah?....

Banyak cara lain untuk menyelamatkan insan yang tidak berdosa ini sebenarnya...dan bagaimanakah agaknya cara untuk menimbulkan naluri belas kasihan sesama insan terhadap mereka-mereka yang terlibat dengan pembuangan bayi ini........

Thursday, December 9, 2010

x-cident then terbakar.....

terpikir plak ...kenape skang ni banyak kemalangan yang berlaku pasti akan melibatkan kebakaran....kadang-kadang tu mangsa masih bernyawa dan mungkin bleh diselamatkan..namun disebabkan tersepit...mangsa akhirnya rentung di dalam kenderaan....sungguh menyedihkan....

perkara ini harus disiasat oleh pihak yang berkenaan untuk mengkaji bagaimana dan kenapa kejadian ini boleh berlaku.....jika dulu kita sering mendengar kenderaan buatan eropah yang biasenya terbakar apabila terbabit dalam kemalangan ....namun jika kita perhatikan keadaan sekarang kereta buatan nasional juga mengalami perkara yang sama .........