Search This Blog

Followers

Tuesday, December 21, 2010

Trauma bas Ekspress.....

Selepas senyap beberapa ketika kemalangan yang melibatkan bas ekpress.....perkara yang sama berlaku lagi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan Ekspress Delima yang mengorbankan banyak nyawa dalam keadaan yang ngeri, kini kita digemparkan dengan kemalangan yang melibatkan bas persiaran dua tingkat yang membawa pelancong warga Thailand yang melancong ke Cameron Highland.
Kemalangan mengakibatkan 27 nyawa terkorban kerana cedera parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik.

Sebenarnya siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini....adakah pemandu bas? syarikat bas? atau kerajaan? ..masing-masing menunding jari apabila berlaku sesuatu kemalangan ngeri seperti ini....yang menjadi mangsa ialah penumpang bas dan keluarga mereka ...


Kita amatlah berharap semua pihak yang berkenaan tanpa mengira fahaman politik, agama berganding bahu mencari mekanisme supaya perkara seperti ini tidak berlaku atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan...Ini kerana apa yang dapat dilihat apabila berlaku kemalangan ngeri seperti ini semua pihak sibuk menyiasat dan sebagainya namun selepas beberapa ketika keadaan kembali seperti sedia kala semula.

No comments:

Post a Comment