Search This Blog

Followers

Wednesday, January 19, 2011

Kerajaan Kelantan Sedia Tambah Lesen Arak???




Apa sudah jadi dengan pimpinan Tok Guru kita ni dengan mengatakan mahu menjadikan Kelantan sebuah negeri Islam dan dalam masa yang sama bersedia untuk menambahkan lesen arak? Menurut saya, ini tidak bersesuaian dengan tema kerajaan negeri tersebut yang menonjolkan imej Islam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan,

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka.-Bernama

Tapi, jika dilihat dari sudut yang lain seolah-olah mereka mahu meraih sokongan masyarakat bukan Islam di negeri ini.

No comments:

Post a Comment