Search This Blog

Followers

Thursday, February 3, 2011

Bantuan Kerajaan Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir..

Selaras dengan moto "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Kerajaan Malaysia pastinya tidak hanya duduk saja ataupun melihat dari jauh perkembangan rakyatnya di Mesir yang mana negara berkenaan sedang bergolak menuntut Presidennya berundur.


Ini dapat dibuktikan dengan usaha Kerajaan menghantar pesawat ke Mesir untuk memindahkan rakyat negara ini ke negara yang lebih selamat sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Setiap penerbangan boleh memuatkan 80 hingga 100 orang pelajar yang dilaporkan terkandas di negara berkenaan.


Bersyukurlah dengan keprihatinan kerajaan kita yang sentiasa cuba memberi sebarang bentuk pertolongan kepada rakyatnya. Janganlah kita hanya pandai mengkritik jika kita mampu melakukan apa-apa, setidak-tidaknya berilah sokongan kita sebagai rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment