Search This Blog

Followers

Thursday, April 5, 2012

BERSIH 3.0 Diadakan Sebab Pilihanraya KOTOR ?

Selepas dua siri BERSIH dianjurkan, kini BERSIH 3.0 pula muncul atas sebab dan tujuan yang sama iaitu mahukan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih. Bersih yang bagaimana sebenarnya yang dimahukan oleh pihak pembangkang ? Selepas lima negeri di tadbir oleh Pakatan Pembangkang sistem pilihanraya masih dianggap kotor oleh pihak pembangkang. Sekotor sampah di negeri Selangor.

Sebenarnya, sistem pilihanraya di negara ini hanya akan dianggap bersih oleh Pakatan Pembangkang apabila mereka berjaya menawan Putrajaya. Selagi Putrajaya tidak dapat ditawan maka Pakatan Pembangkang ini akan terus menganjurkan BERSIH di negara ini. Rakyat harus sedar kerajaan sentiasa sedang dan terus dengan idea-idea baru untuk mengemas-kini sistem sedia ada, sebagai buktinya kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menambah-baik sistem pilihanraya di negara ini.

Rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan agenda KOTOR pihak pembangkang yang tidak bertanggung-jawab yang sememangnya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dan menggambarkan keadaan itu sebagai satu kelemahan pihak kerajaan.

No comments:

Post a Comment