Search This Blog

Followers

Wednesday, April 4, 2012

Pemilik Kereta Mewah Kecoh Petrol Naik 10 sen ?





Kecoh apabila negara sekali lagi diumumkan dengan kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 10 sen. Boleh dikatakan ianya menjadi isu hangat apabila kebanyakan blogg, twitter, facebook pro-pembangkang memainkan isu ini, termasuklah rangkaian sosial pemimpin-pemimpin pembangkang.

Rasanya rakyat Malaysia sedia maklum yang mana petrol RON 97 ini telah diapungkan harganya mengikut pasaran dunia, tidak seperti petrol RON 95 yang majoriti digunakan oleh rakyat negara ini. Buktinya, baru-baru ini negara diumumkan dengan kenaikan 10 sen subsidi kerajaan Barisan Nasional untuk petrol RON 95 yang menjadikan harga petrol jenis tersebut kekal RM 1.90 seliter.

Sebenarnya kenaikan harga petrol RON 97 ini tidaklah memberi kesan ketara kepada rakyat Malaysia kerana rata-rata menggunakan petrol jenis RON 95. Mungkin yang merasa "terkesan" dengan kenaikan harga petrol RON 97 ini adalah pengguna kereta mewah yang sinonim dengan petrol jenis RON 97 ini. Tetapi kalau difikirkan semula, kalau dah mampu beli kereta mewah tak kanlah nak beli petrol pun tak mampu. Sebenarnya pemimpin pembangkang ni nak berjuang untuk rakyat atau diri sendiri ?

No comments:

Post a Comment