Search This Blog

Followers

Thursday, April 21, 2011

Praktikalkah e-mel 1Malaysia ?

Salam 1Malaysia,

Berbagai respon yang diberikan rakyat berhubung pengumuman PM kita tentang projek e-mel 1Malaysia yang bakal dilancarkan kelak. Ada yang positif dan ada yang negatif....dalam apa jua yang dilakukan kerajaan pastinya tidak dapat memuaskan hati semua orang tapi pastinya apa yang dirancang oleh kerajaan ini bertujuan untuk memudahkan rakyat...cuma persoalannya adakah projek ini bakal dinikmati oleh golongan sasaran ?

Ini kerana masih ramai rakyat di negara ini yang buta IT dan bagi mereka-mereka yang tinggal di kawasan pedalaman tiada liputan internet untuk mereka berinteraksi di alam maya. Projek yang bakal dilancarkan ini tidak dinafikan memang baik untuk memudahkan rakyat berinteraksi secara terus dengan kerajaan, tetapi kerajaan juga harus mengkaji adakah semua golongan sasar terbabit dapat menikmati kemudahan ini.

Bagi pendapat saya secara peribadinya, kerajaan perlu lebih menitik-beratkan dari segi pengetahuan dan kemudahan IT itu sendiri secara menyeluruh, supaya apa yang bakal dirancangkan kelak dapat dinikmati oleh rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment