
Sebenarnya siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini....adakah pemandu bas? syarikat bas? atau kerajaan? ..masing-masing menunding jari apabila berlaku sesuatu kemalangan ngeri seperti ini....yang menjadi mangsa ialah penumpang bas dan keluarga mereka ...
Kita amatlah berharap semua pihak yang berkenaan tanpa mengira fahaman politik, agama berganding bahu mencari mekanisme supaya perkara seperti ini tidak berlaku atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan...Ini kerana apa yang dapat dilihat apabila berlaku kemalangan ngeri seperti ini semua pihak sibuk menyiasat dan sebagainya namun selepas beberapa ketika keadaan kembali seperti sedia kala semula.