Search This Blog

Followers

Monday, February 20, 2012

2K VS 20K

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di PASTI Mahkota Aman.


Anwar Ibrahim dilihat begitu bersemangat menyampaikan ceramah.

Mungkin untuk " test market " berhubung tahap sokongan rakan pakatannya setelah pelbagai isu melibatkan beliau maka beliau singgah di peti undi Mahkota Jaya ini atas nama Ceramah Perdana.

Ya, kehadiran pada malam itu lebih kurang 2 ribu orang melibatkan pengundi Mahkota Jaya dan sekitar Kuantan. Namun sebagai Ketua Umum PKR, dilihat sambutan 2 ribu orang tidaklah membanggakan.
 
Ini kerana jika dibandingkan dengan Jamuan Rakyat 1 Malaysia di Balok yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri sehari sebelum Ceramah Perdana ini yang dikunjungi lebih 20 ribu orang rakyat Kuantan.

Wednesday, February 15, 2012

Peneroka kena tol ?

Dek kerana cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pelbagai spekulasi dimainkan pihak pembangkang bertujuan menghasut peneroka supaya membantah penyenaraian tersebut. Apa yang membuatkan mereka seperti cacing kepanasan tidaklah dapat dipastikan, namun yang pastinya itulah yang sinonim dengan pembangkang, apa saja yang bakal dilaksanakan kerajaan pasti nak dibangkangnya.

Anak Lepar sendiri tidaklah arif nak mengulas isu ini, namun sekadar mahu berkongsi intipati ceramah anjuran pembangkang yang diadakan di salah satu Felda di Dun Lepar baru-baru ini. Menurut penceramah tersebut , akibat ataupun kesan daripada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dibimbangi akan menyebabkan peneroka bakal kehilangan tanah dan bakal kenakan TOL ketika mahu mengambil hasil ( buah sawit ) kerana tanah tersebut telah tergadai. 

Tertanya-tanya sebenarnya tanah mana yang tergadai ? Apa kena mengena tanah peneroka dengan penyenaraian FGVH ? Menurut kefahaman Anak Lepar yang sedikit ini, tanah ladang peneroka seluas 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar langsung tidak ada kena mengena dengan penyenaraian FGVH ini. Bukankah tanah Felda Plantation yang dicagarkan kepada FGVH ? Peneroka mana yang tinggal di Felda Plantation ? Semakin terdesak nampaknya pihak pembangkang ini, mungkin kerana keinginan menuju ke Putrajaya semakin memuncak.

Sunday, February 12, 2012

Apabila Pak Sheikh Sambut Perayaan..........





Tindakan YAB PM ke sambutan Perayaan Hari Thaipusam baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi pihak pembangkang yang sememangnya mencari peluang untuk memburukkan imej Kerajaan BN di mata rakyat negara ini. Apabila timbulnya isu ini ianya seolah-olah bola tanggung untuk pihak pembangkang "smash" pihak kerajaan.

Sebenarnya apa yang YAB PM lakukan ini telah pun dilakukan oleh Pak Sheikh- Pak Sheikh di pihak pembangkang. Malah bagi Anak Lepar ianya lebih teruk kerana mereka menjual agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Pastinya Pak Sheikh-Pak Sheikh dari pihak pembangkang ini lebih arif berhubung hukum orang Islam pergi ke perayaan kaum lain.

Bagi Anak Lepar, tindakan YAB PM ke sambutan Perayaan Thaipusam baru-baru ini tidak lebih sebagai salah satu tanggung-jawab kepada rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama. Adakah pihak pembangkang sudah kehabisan modal atau begitu "sangap" mahu menjejak kaki ke Putrajaya ?

Saturday, February 11, 2012

14 FEB HARI SUAMI ISTERI ?





Salam 1 Malaysia, lama rasanya tidak berblogg..hari ni rasa terpanggil pula untuk komen pasal Hari Kekasih atau Valentine's Day ni. Bila tanggal 14 Feb hampir tiba maka sibuk lah timbul isu apa yang dipanggil Hari Kekasih ni.

Tertarik juga apabila Ulama disegani rakyat Malaysia, Tok Guru Nik Aziz mengumumkan bahawa pada tanggal 14 Feb adalah Hari Suami Isteri untuk rakyat negeri Kelantan. Secara peribadinya Anak Lepar sangat bersetuju dengan inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh TGNA, namun rasanya ada sesuatu yang tidak kena dengan tarikhnya yang mana bersamaan dengan Hari Kekasih.

Anak Lepar melihat, tiada relevannya sambutan Hari Suami Isteri dilaksanakan pada tarikh yang bersamaan dengan Hari Kekasih. Ini kerana secara tidak langsung tetap ada pasangan yang akan meraikannya pada hari tersebut secara tidak langsung.

Kemusykilan juga timbul mengenai golongan sasar Hari Suami Isteri yang dimaksudkan oleh TGNA. Ini kerana kita rakyat Malaysia sedia maklum yang mana golongan belia muda remaja yang belum berkahwin yang begitu ghairah menyambut Valentine's Day tersebut. Jadi, pada 14 Feb rakyat Kelantan yang sudah berkahwin akan menyambut Hari Suami Isteri....yang belum berkahwin pula bagaimana ?Adakah tercapai hasrat TGNA ini ? atau sekadar menukarkan nama Valentine's Day kepada Hari Suami Isteri.

Monday, December 12, 2011

Caci dan Maki Umpama Zikir

Rakyat hari ini seharusnya bijak menilai pemimpin-pimimpin politik negara ini, terutamanya parti politik yang kononnya ditubuhkan untuk memperjuangkan agama Islam. Tapi, apa yang dilihat mereka hanya bijak menyusun kata namun tidak berusaha untuk membuktikan apa yang mereka perjuangkan.

Mereka sibuk membicarakan soal Hudud, tapi perkara yang asas pun mereka tidak mampu lakukan. Adakah Islam mengajar umatnya untuk memcaci, memaki dan memfitnah sesama manusia ? Inilah 'standard' pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Caci maki umpama zikir bagi pemimpin PAS dan penyokongnya, menggunakan platform ceramah agama mereka tanpa segan silu menghina sesama umat hanya kerana berbeza fahaman dan ideologi. Persoalan timbul, Islam yang bagaimanakah yang PAS cuba bawa ? Adakah Islam menurut acuan PAS ?

Thursday, May 5, 2011

Agama atau Parti ?

Sedih tengok patah perkataan yang dikeluarkan oleh saudara YB Mahfuz di laman Twitternya, manakan tidak ? dia punye carut maki hamun mengalahkan ape....awak kata parti awak memperjuangkan Islam ....Islam sebeginikah yang awak nak bawa ?

Sepatutnya rakyat dah boleh nampak perjuangan parti yang bertopengkan agama ni...mereka langsung tidak mencerminkan imej yang dibawa oleh Parti mereka. Seharusnya mereka menunjukkan teladan yang baik seiring dengan dasar perjuangan mereka iaitu menyebarkan syiar Islam di negara ini.

Tuesday, April 26, 2011

Y ? kenape ? x pecaye ?

Mahkamah dah sahkan lelaki "Y" yang selama ini menjadi tanda tanya adalah DSAI...apa nak dikata...mahkamah tipu ? hakim dah dibayar ? polis dah disuap ? ....bagi aku kalau sistem kehakiman dan undang-undang negara boleh diarah-arah macam dalam drama or filem memang dah parah la negara kita sekarang ni...

Tapi macam biasa la...puak-puak pembangkang tak akan percaya apa-apa keputusan mahkamah jika ianya tidak berpihak kepada mereka. Kecuali kalau dieorang tengok sendiri apa yang didakwa berlaku tu, depan mata mereka. Tu pun belum tau lagi...sebab pemimpin-pemimpin mereka ni pandai poo singh....ke guane ?