Search This Blog

Followers

Friday, March 22, 2013

Lagu "Sayang" dendangan Shae sesuai ditujukan kepada Ketua PKR Cabang Paya Besar !!!

Lagu dendangan artis dari seberang "Shae" mungkin sesuai didedikasikan kepada Ketua PKR Cabang Paya Besar ini. Antara bait lagu itu adalah....sayang, apa khabar denganmu...di sini ku merindukan kamu.....
Ini kerana kebelakangan ini kelibat beliau sudah tidak kelihatan di mana-mana program anjuran PKR Paya Besar.

Menjadi persoalan, adakah beliau sudah tidak diberi peranan untuk sebarang aktiviti parti ? jika benar, apa sebabnya ? atau sememangnya beliau sudah terpinggir selepas PKR Paya Besar sudah mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen itu baru-baru ini dan yang menyedihkan calon itu bukanlah beliau.

Thursday, November 29, 2012

#PAU 2012

Perjuangan Umno tiada noktah dan inilah institusi politik Melayu yang relevan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara

Friday, September 28, 2012

#Bajet2013 benar-benar untuk rakyat.

Sesuai dengan tema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”, Bajet 2013 dilihat benar-benar untuk rakyat. Dengan mengambil kira kepentingan negara untuk mencapai negara maju, bajet kali ini turut meliputi kehendak rakyat negara ini secara umumnya.

Bukan sekadar omong kosong, bajet ini diyakini mampu dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada jika rakyat terus memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk mentadbir negara ini. Mengapa kita harus memperjudikan nasib negara untuk memilih kerajaan yang tidak diketahui kemampuannya malah sudah dibuktikan berdasarkan empat buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang.

Thursday, September 27, 2012

Percutian Suasana Felda


INGINKAN PENGINAPAN YANG SELESA UNTUK PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA ANDA? INSYAALLAH.. KAMI MENAWARKAN SEBUAH RUMAH REHAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DAN MENJAMIN KESELESAAN ANDA.

- UNTUK MUSLIMS SAHAJA -

Lokasi Strategik berhampiran:-
1- Bukit Gambang Resort City (Taman Tema Air)
2- Pusat Pengajian (Universiti Malaysia Pahang, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Komuniti Paya Besar)
3- Exit Tol Gambang (Lebuhraya Pantai Timur)

Mesin ATM yang berdekatan:-
- Bank Islam, Bank Rakyat & Maybank.

Harga yang ditawarkan (berpatutan):-

- (RM 120.00 / day or night)
- Check in :2.00pm & Check Out :12.00pm

*(insyaAllah harga boleh dirunding mengikut kesesuaian & tempoh penginapan)

kelengkapan yang disediakan :

- air-conditioner (ruang tamu)
- garaj (kapasiti 2 buah kenderaan)
- tv + astro
- sofa
- katil queen 3 buah
- dapur memasak
- mesin basuh
- peti sejuk
- seterika + iron board
- rice cooker
- heater
- pinggan + mangkuk + periuk + kuali + gelas
- bantal + toto + selimut (untuk tambahan)

HUBUNGI : 019-9216301 - MUSTAQIM
EMAIL : moost_qeem@yahoo.com

Alamat:
no 19 lorong saujana 14,
taman saujana,
Felda Lepar Hilir 4,
26300 Gambang, Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

(kedai runcit dan kedai makan terdapat berhampiran lokasi homestay)


Monday, August 27, 2012

KERAJAAN BN ZALIM ?

Setelah lebih 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional menabur bakti dan jasa kepada rakyat negara ini pihak pembangkang boleh mengatakan Kerajaan BN zalim. Mereka ada akal tak ?

Tidak lihat kah keamanan, kemakmuran, kemajuan yang telah dibawa Kerajaan Barisan Nasional lebih memerintah lebih 50 tahun ? Pokok pangkalnya syukur akan nikmat yang dirasai itu lebih mulia daripada terus mempertikai usaha kerajaan sedangkan mereka hanya berlumba-lumba memcari kepentingan peribadi.


JANGAN KITA KUFUR NIKMAT !

Thursday, April 5, 2012

BERSIH 3.0 Diadakan Sebab Pilihanraya KOTOR ?

Selepas dua siri BERSIH dianjurkan, kini BERSIH 3.0 pula muncul atas sebab dan tujuan yang sama iaitu mahukan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih. Bersih yang bagaimana sebenarnya yang dimahukan oleh pihak pembangkang ? Selepas lima negeri di tadbir oleh Pakatan Pembangkang sistem pilihanraya masih dianggap kotor oleh pihak pembangkang. Sekotor sampah di negeri Selangor.

Sebenarnya, sistem pilihanraya di negara ini hanya akan dianggap bersih oleh Pakatan Pembangkang apabila mereka berjaya menawan Putrajaya. Selagi Putrajaya tidak dapat ditawan maka Pakatan Pembangkang ini akan terus menganjurkan BERSIH di negara ini. Rakyat harus sedar kerajaan sentiasa sedang dan terus dengan idea-idea baru untuk mengemas-kini sistem sedia ada, sebagai buktinya kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menambah-baik sistem pilihanraya di negara ini.

Rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan agenda KOTOR pihak pembangkang yang tidak bertanggung-jawab yang sememangnya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dan menggambarkan keadaan itu sebagai satu kelemahan pihak kerajaan.