Search This Blog

Followers

Thursday, February 10, 2011

Misi Menambahkan Ilmu...


Salam 1 Malaysia. Pagi ni saya berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Blog dan Facebook di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Pandan yang dianjurkan Jawatankuasa Penyelaras KPKK Negeri Pahang.

Friday, February 4, 2011

Free la bro.....

Dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan pelajar-pelajar kita di Mesir dikenakan caj tertentu berhubung bantuan memindahkan mereka keluar dari negara bergolak berkenaan. Dah nama pun BANTUAN datang dari mana pulak caj nye?


Ni tak lain pihak-pihak yang tak senang dengan kerajaan lah, depa tak tau nak buat apa, depa sebar fitnah melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Blog, Tweeter dll. Kalau dah tak tau sangat nak buat ape tolong2 la buat sembahyang hajat, mintak semua rakyat kita kat sana selamat. Pahala pun dapat...

Thursday, February 3, 2011

Bantuan Kerajaan Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir..

Selaras dengan moto "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Kerajaan Malaysia pastinya tidak hanya duduk saja ataupun melihat dari jauh perkembangan rakyatnya di Mesir yang mana negara berkenaan sedang bergolak menuntut Presidennya berundur.


Ini dapat dibuktikan dengan usaha Kerajaan menghantar pesawat ke Mesir untuk memindahkan rakyat negara ini ke negara yang lebih selamat sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Setiap penerbangan boleh memuatkan 80 hingga 100 orang pelajar yang dilaporkan terkandas di negara berkenaan.


Bersyukurlah dengan keprihatinan kerajaan kita yang sentiasa cuba memberi sebarang bentuk pertolongan kepada rakyatnya. Janganlah kita hanya pandai mengkritik jika kita mampu melakukan apa-apa, setidak-tidaknya berilah sokongan kita sebagai rakyat Malaysia.

Wednesday, January 19, 2011

Kerajaan Kelantan Sedia Tambah Lesen Arak???




Apa sudah jadi dengan pimpinan Tok Guru kita ni dengan mengatakan mahu menjadikan Kelantan sebuah negeri Islam dan dalam masa yang sama bersedia untuk menambahkan lesen arak? Menurut saya, ini tidak bersesuaian dengan tema kerajaan negeri tersebut yang menonjolkan imej Islam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan,

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka.-Bernama

Tapi, jika dilihat dari sudut yang lain seolah-olah mereka mahu meraih sokongan masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Tuesday, January 18, 2011

PUASKAH MENJATUHKAN SESEORANG ????

Kadang-kandang sedih dengan sikap orang kita yang sering tidak berpuas hati dengan kesenangan seseorang...Mereka seolah-olah tidak boleh menerima hakikat ataupun tidak senang melihat orang lain lebih senang dari mereka. Sebenarnya apa yang mereka dapat jika mereka berusaha menjatuhkan seseorang ??? kepuasan ?? Entahlah...hanya mereka yang melakukannya dan berhasrat melakukannya sahaja yang tahu jawapannya....

Renung-renungkanlah bersama..kita ini hidup bukan menongkat langit....

Monday, January 10, 2011

Artis join PAS ???




Dengar-dengar artis kita yang boleh dikatakan tersohor ni telah berjinak-jinak dengan parti PAS...sejauh mane sebenarannya Wallahuálam......tetapi beliau ada kelihatan di program yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini.....

psst...patut la tarik diri jadi juri raja lawak baru2 ni.....

Tuesday, January 4, 2011

Barang Kawalan terhad..........

Tujuan kerajaan memperkenalkan lesen bagi peruncit menjual barang kawalan untuk menyekat ketirisan barang kawalan di kawasan sempadan dan bukan berniat membebankan mereka......

Ketika ini bekalan minyak masak agak sukar didapati............

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-barang yang dikawal bekalannya.
 
1. Gula.
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair.
3. Garam.
4. Simen dan klinker.
5. Tepung gandum.
6. Minyak masak.
7. Baja.
8. Ubat serangga.
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah.
10. Bar bulat keluli lembut.
11. Minyak tanah.
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara.
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja).
14. Padi (Sabah sahaja).
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred.
16. Bahanapi diesel.
17. Gas petroleum cecair (LPG)
18. Semua jenis roti.
19. Minyak bahanapi
20. Ayam